-->

Asal Usul Buah Aprikot

Aprikot diyakini berasal dari negri China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini pun turut ditanam di India dan Tibet. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesehatan mereka semenjak 1500 tahun yang lalu.

Asal Usul Buah Aprikot


Aprikot juga terkenal sebagai makanan kesehatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus( dewi cinta mereka ).

Aprikot telah diperkenalkan di Eropa pada zaman Alexander The Great.
Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum matang sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan ketika kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.

Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandung berbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah Aprikot telah digunakan di dalam bidang perobatan sejak berkurun lamanya. Di China, obat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Obat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.

Aprikot bagus untuk amenia kerana ia mengandung zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan mineral dalam buah sedikit, namun mineral itu dapat menjadikan zat besi tersebut untuk dimanfaatkan oleh tubuh. Masih banyak lagi khasiat dan manfaat lain dari buah Aprikot yang perlu orang ketahui.

Pendapat kebanyakan orang mengambil Vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun perlu diketahui,yang terbaik adalah mengambil Vitamin B-17 sebagai sumber makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain sebagai melengkapi penjagaan kesehatan dan kehidupan sehari hari.

0 Response to "Asal Usul Buah Aprikot"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel